BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 21 November 2011

keluh kesah

Terfikir-fikir.. berfikir-fikir
Sampai bila harus berjuang?
Sampai ke mana harus diperjuang?

Ada masa lagi terfikir-fikir
mungkin ada masanya tak perlu lagi berjuang
mungkin ada masanya tidak berjuang itu juga dikira sbg berjuang
berjuang untuk tidak berjuang

Masih berfikir-fikir
Mungkin waktu ini, perjuangan sudah tamat
Kendurkan urat saraf, rehatkan tenaga & minda
Kenapa? tidak berbaloi mungkin?


Bila difikir-fikir
ada masanya pejuang juga perlu berhenti
berehat barangkali.. mengumpul tenaga & mengatur strategi
menghilang letih lesu, kejang otot & sendi
sebagai persediaan.. barangkali
Utk perjuangan yg lebih getir.. barangkali..

Dalam pemikiranku
mungkin perjuangan ini bukan perjuangan sampai mati

2 ulasan:

Naja berkata...

wah umie... puisi sebuah perjuangankah ini ?? syabas...

umieliza berkata...

hahah.. blasah jer la..